Alkisah. Kemarin Balik Dari Hantar Roti Teringin Nak

Alkisah. Kemarin balik dari hantar roti teringin nak makan burger. Jadi kami pon keluar pusing-pusing sampai ke bandar baru jelawat nak cari roti burger tapi hampa. takde pulak.
Berbekalkan misi mencari roti burger,singgah jap di pasar jelawat cari kt kedai area situ. takde jugak. dalam hati tak pe la kt gunung mesti ada. Dengan yakin singgah masuk pasaraya gunung, kt situ punya la cari tapi xde jugak. aisshh daging dh beli tapi roti xde lagi. Tak pe terus mencari singgah kt bukit kecik cari lagi. tetaplah hampa. Nak ke bandar pasir puteh pon hari dah gelap.
Sepetang misi mencari roti burger gagal. Sampai rumah dah pukul 8.00 mlm bole solat magrib. Oleh kerana gagal membeli, hari ni manieyss cuba buat sendiri. Bekas pon diy je la. Setelah gigih berusaha, jadi la roti burger hari ni. harap balik kang dapatlah makan burger puas-puas. roti lain pon manieyss buat jugak????