Coklat Hitam Ia Juga Dipanggil ‘dark Chocolate’. Selain

coklat hitam Ia juga dipanggil ‘dark chocolate’. Selain baik untuk kesihatan jantung, coklat hitam mampu mengurangkan pembekuan kolesterol. Ia turut mampu mengurangkan tekanan darah jika dimakan dengan sederhana dan mengikut peraturan.

Kajian menunjukkan memakan coklat hitam mengikuti kuantiti yang dibenarkan setiap hari selama dua minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah dengan ketara.

Selain itu bagi wanita, coklat hitam ini mampu menjadikan kulit berseri dan mengekalkan awet muda kerana ia mengandungi mineral serta vitamin A, C dan E, meningkatkan peredaran darah sehingga ke otak dan merangsang ingatan.

Anda tidak perlu bimbang kerana lemak yang terdapat dalam coklat hitam ini tidak menggemukkan.
Ibu bapa disaran memperkenalkan coklat hitam kepada anak dan mengejar mereka mengenai khasiat coklat hitam.

Bagaimanapun, majoriti kanak-kanak tidak gemarkan coklat hitam kerana rasa yang pahit berbanding coklat yang dikomersialkan.